Bilal & Penderitaannya

Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang palaing terkenal. Beliau merupakan muazin atau juru azan di Masjid Nabi. Beliau juga seorang hamba habsyi yang dimiliki oleh seorang kafir di Makkah bernama Umayyah bin Khalaf. Pengislamannyab telah menimbulkan kemarahan Umayyah. Beliau diazab tanpa perikemanusiaan. Antara penyeksaan tersebut adalah membaringkannya di atas pasir yang panaas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga beliau tidak dapat menggerakkan tulangnya.

Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal."Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang terik,".Bilal menjawab. "Ahad"(Tuhan Yang Esa).

-Bilal dibebaskan-
Pada waktu malam Bilal didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Manakala ,pada waktu siang pula,beliau dibaringkan diatas pasir yang panas. Umayyah,Abu jahal dan pengikut-pengikutnya menyeksa Bilal secara bergilir-gilir. Namun begitu, Bilal tetap dengan pendiriannya yang teguh.Akhirnya Abu Bakar telah menebusnya dan sejak itu Bilal menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang bebas.
Semenjak beliau dibebaskan,beliau sentiasa berdampingan dengan Rasulullah s.a.w sehingga baginda wafat.Pada suatu ketika,beliau melihat Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Kata Nabi Muhammad "Wahai Bilal,mengapakah kamu tidak melawatku?"

-Bilal menjadi juru azan-
Sebaik sahaja belaiu bangun dari tidurnya,beliau pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya di kota itu beliau telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain,cucunda Nabi Muhammad. Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapt ditolak

Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa kota Madinah,para penduduk terus meniiskan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya dengan kekasih mereka,Nabi Muhammad s.a.w.

(Moral Sirah ): Betapa bilal mentaati dan setia pada pegangan agama Islam yang dianutinya meskipun diberi pelbagai ujian.Bahkan kisah Bilal ini menjadi teladan buat umat Islam seluruh dunia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

.:Alunan Syahdu:.